Friday 24 October 2014

Bawang Putih

Views
ok, nampak tajuk kat atas kan? tahukan apa mende tu? tahu kan macam mana rupa dia? tahu kan banyak kegunaan dia? tahukan banyak kebaikan dia? but, did u know that bawang putih ni ada keburukan dia jugak? ok banyak sangat soalan -__- lupa nak beri salam

Assalamualaikum,

today, Teha nak share pasal bawang putih. Bagi yang rasa diri tu tak kenal bawang putih tu, saya, fathiha husain dengan baik hatinya nak share ngan engkorang camne rupa bawang putih ni. Pasni jangan tak kenal tau?

nanti check tau kat dapur ade ke tidok mende ni. Kalau takde, pandai-pandai la engkorang la nak cari kat mana.Okay, as we know, kebanyakan petua-petua tak kiralah kat majalah ke or internet ke mesti ade kena guna bawang putih. Contohnya, petua nak hilangkan jerawat, panau or so on.

Nak dijadikan cerita, haritu muka i adelah panau kesan dari luka yang dulu-dulu. Tapi sebab i ni macam rasa panau ni membebankan muka, so malam tu bersengkang lah mata sebab nak cari cara nak hilangkan kesan panau ni & mostly info-info kat tenet suruh guna bawang putih. Actually, ade banyak lagi cara tapi sebab i ni pemalas dan fikir bawang putih tu senang dapat sebab dah ade kat umah so i decide nak guna bawang putih.

so, malam tu jugak aku buat. Aku tumbuk bawang putih tu lumat-lumat pastu tepeklah kat kesan panau tu. Gilaaaaaa koooooo! Pedih ya amattt! Tapi terpaksa tahan jugak. Berair-rair air mata aku tahan. Malam tu tidur peluk bantak peluk kuat2. Esoknya, aku bangun, aku tengok cermin. Habis merah2 muka aku. Aku pun teruslah bilas , mandi pe sume pastu gi sekolah. Kat sekolah, ramai tegur kenapa. Serabut jugak nak jawab soalan yang sama je.

Dannnnnn keesokannya  lagi aku tengok muka aku dah ade kesan hitam2 gitu. Luluh habis hati aku tengok muka camtu kat cermin. Adelah rasa dunia dah gelap sekejap tapi atas semangat ibu ayah & kawan2 aku ade lah semangat sikit (em mekaseh korang. muahh sikit)  Seriously, muka aku macam kena minyak panas. Habis melecur. Rasa malu nakgi sekolah pun ade gak. Kalau aku tahu jadi camni, rela lagi aku berpanau dari melecur macam ni.




haaa nampak tak muka aku tu? melecur wehhh. Nampak je cam bahagia tapi percaya lah betapa kecewanya aku masa tu. Lepas tu aku pun buat research camne nak hilangkan kesan lecur ni & aku jumpa satu blog ni. Dia pun senasib ngan aku cuma dia pakai untuk jerawat & best sekali dia tak kedekut ilmu. Dia share camne nak hilangkan benda alah ni. Dia guna lendir lidah buaya or sesetengah orang ade panggil as aloe vera. Dan allhamdulillah kulit dia dah baik sekarang. Aku pun sekarang tengah gunakan lidah buaya ni. Sekarang dah 3 hari aku try pakai lidah buaya ni & so far bende hitam tu sikit2 dah hilang. Hee alhamdulillah:)

lidah buaya

so, nasihat aku, hati-hatilah percaya pada petua. Maybe ade yang tak sesuai dengan kulit kita. Ye, memang ade yang berjaya guna bawang putih but nasihat aku kalau korang tak yakin, baik jangan. Kalau rasa nak pakai jugak, korang pakai sekejap je. Lepas 5 minit terus bilas sebab takut melecur. Bawang putih ni dia panas sikit & boleh menyebabkan kulit korang melupuh atau melepur. Emm penatnya den naip. Kejap guna 'aku' kejap 'i' kejap 'den' nyampoh gok rasa bila baca balik. Hekhekhek. K lah, nakgi sapu lidah buaya. Cepatlah sihat balik wahai kulit. Sobs

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

18 comments :

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. lepas guna aloevera ,ade parut tak?

    ReplyDelete
  3. lepas guna aloevera ,ade parut tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tade awak. Saya guna gel aloevera lepastu & lepas 2 bulan alhamdulillah muka okay sepenuhnya

      Delete
    2. Awak gunakan gel apa erk ?

      Delete
  4. Gel Aloe vera genama apa erk ?

    ReplyDelete
  5. muka saya jadi merah pastu jadi hitam hitam pastu hitam dia dah tercabut tapi jadi makin teruk ada harapan nak hilang tak

    ReplyDelete
  6. Brapa hari gunakan lendir aloe vera bru hilng bekas lecuran bawang putih tu?sbb sya pn buat kes yg sma mcm u😂

    ReplyDelete
  7. kalau xda aloe vera asli , guna gel aloe vera boleh x ?

    ReplyDelete
  8. kalau xda aloe vera asli , guna gel aloe vera boleh x ?

    ReplyDelete
  9. kalau xda aloe vera asli , guna gel aloe vera boleh x ?

    ReplyDelete
  10. kalau xda aloe vera asli , guna gel aloe vera boleh x ?

    ReplyDelete
  11. kalau xda aloe vera asli , guna gel aloe vera boleh x ?

    ReplyDelete
  12. kalau xda aloe vera asli , guna gel aloe vera boleh x ?

    ReplyDelete
  13. Klau xde aloe vera asli,guna gel aloe vera berkesan jgk ke? Dan brp lama mase nak hilang?

    ReplyDelete
  14. hai.. nak tanya.. awak pakai lidah buaya tu.. berapa lama kesan lecur kat kulit muka awak boleh hilang ye?

    ReplyDelete
  15. hai.. nak tanya.. awak pakai lidah buaya tu.. berapa lama kesan lecur kat kulit muka awak boleh hilang ye?

    ReplyDelete